Wednesday, December 31, 2008


SAYA MEMINATI TOKOH YANG BELAKANG SAYA, S. KADARISMAN DIA PELAKON FILEM MELAYU YANG HEBAT LAKONAN NYA MENGALAH P. RAMLEE. P. RAMLEE PUN SAYA SUKA NYANYIAN DIA TAK ORANG BOLEH LAWAN. SUKARNO. TAK PAYAH SAYA CERITA ORANG LAMA LAMA LEBIH TAHU. SAYA LAHIR SUKARNO DAH MATI.

Inilah keluarga saya, Sumi Aris Aziz ada Art Gallery kat Kelantan tu yang pakai baju kolor itam kakak saya yang baju putih tu pulak, tu lah Gallery dia ART SMART GALLERY dia punya. Ayah saya dah malas nak fikir pasal sewa. tapi terpaksa terlibat juga pasal sewa. Abang saya belakang sekali Azmi, dia mcm buat lukis, baiki Talipon, buat Web Site, dan macam macam lagi. lelaki macho yang baju itam tu adik saya. Dia dulu duduk Di ENGLAND jadi pakar masakan, la ni dah balik boring kat England tak best. La ni dah jadi MATRIX SIRI PERTAMA. DIA MENGUASA CENTRAL MARKET, KALAU ADA KOMPUTER PROBLEM SEMUA ORANG CARIK DIA. YANG DUKUNG BABY TU ABANG IPAR DAN ANAK ANAK BUAH SAYA COMEL COMEL BELAKE . SAYA PULA, BIASA LAH LUKIS SAJA DAH CUKUP, HARI HARI RUTIN BUKA KEDAI.

INI BAPA SAYA BERSAMA MENTOR NYA SASTERAWAN NEGARA.
A. SAMAD SAID KETIKA MERESMIKAN PAMERAN 21 TAHUN PELUKIS PELUKIS CENTRAL MARKET, YANG SEDANG SAKIT DERITA NAK MEMBAYAR SEWA.
KESIANNNNNNNNNNNNN.

INI HASIL SKETCHES MIE MAMBOO PORTRET SAYA DI LUKIS SAMBIL MENYIAPKAN BLOG NI. DIA YANG BUAT BLOG NI, SAYA BLUR DENGAN BENDA BENDA NI. BAIK JUGA ADA KAWAN MACAM MIE MAMBOO DI KUALE NIH.
MIE MAMBOO BARU SAJA NAIK KE JINJANG PELAMIN. PECAH PERUT SAYA BILA TATAP KAD JEMPUTAN KAWIN DIA, MACAM MACAM DIA MASUKAN DALAM KAD TU BUAYA CICAK KOBO CAK CIBOR. MACAM MANA DIA MELUKIS ITU LAH DIA. HA HA HA HE HE HEEEEEEEEE.
TAPI SAYA NAMPAK DIA BOLEH JADI SUAMI YANG BAIK. DIA RAJIN BEKERJA DAN BERFIKIR, WALAUPUN DIA MELUKIS SECARA NAIVE, TERSIMPAN DI LUBUK HATI BENDA YANG SERIUS. SYABAS MIE MAMBOO.
BILA NAK BOLEH ANAK DAAAAAAA...................................

Monday, December 29, 2008

karya ini saya menggambarkan ketika itu negara kita sudah sampai ke tahap yang lebih tinggi dan waktu itu klcc yang kita bangga kan tu sudah boleh bengkok dan kita sudah mampu menggunakan kereta yg boleh terbang ke sana sini dan tidak ada masalah kesesak kan lalu lintas

Karya saya bertajuk KLCC dari sudut mata mimpi
100 tahun akan datang KLCC dah jadi macam wisma Yakin. Dulu Wisma Yakin cukup tinggi di Kuala Lumpur.

gambar nie diambik oleh kwn saya ketika tu saya dpaksa bergambar dgn melepas kan rambut

Tuesday, December 23, 2008

YEAA..MY FAMILY ARE ARTISTS!!!


INILAH FAMILY SAUFI.Lihat gambar kelihatan Midi Aris, abang Saufi le tu, Aris Aziz, ayahnda Saufi le tu (em..bukan ayahnda yang tu ye..) dan Saufi yang muda remaja. gambar diambil ketika tiga beranak ini dipaksa oleh seorang jurugambar untuk bergambar di galleri mereka, Art Smart Gallery, Bangunan Anexxe, Central Market, KL. Difahamkan jurugambar tersebut dibelasah selepas seisi fotografi ini kerana menganggu aktiviti melukis mereka. uuu.. teruk tuuuuu....

beginilah family Saufi yang 'mengalir darah artnya' di dalam tubuh mereka. bayangkan satu keluarga yang berkarya. anak-anak en. Aris Aziz boleh dikatakan mengikut jejak bapa mereka. Segala tempahan potret, landskap dalam pelbagai media dan saiz boleh la anda berkunjung ke Galleri mereka. Painting pun ada.Agak lama juga mereka sudah bertapak di C.M. Sejak 1986, hanya En. Aris Aziz yang melukis hingga la ni anak-anak dia pulak. dah 22 tahun tu..lama tuuuu/ mereka akan melayan segala kemahuan anda sebagai customer, jangan takut mereka tidak membelasah anada kerana 'customer always rihgt'. Tak Gitu?

SIAPA SAUFI ARIS?


26.08.84 tarikh lahir Saufi Aris. Saufi lahir di bandaraya metropolitan..Kuala Lumpur. beliau bersekolah di Sentul, la ni pun diam di Sentul.Sayang betul Saufi akan tempat bernama Sentul itu. Sentul telah membangun dengan jejambat-jejambat yang merentangi padang permainan.Dulu Saufi main bola dengan rerakannya. Sekarang padang dah hilang. Aktiviti lebuhraya melenyapkannya. Lenyap dengan kenangan-kenangan Saufi.Saufi bosan, memandangkan Saufi boleh plak melukis, macam bapanya Aris Aziz. aris Aziz? Tak kenal? Kalau tak kenal Aris Aziz, tak payah ngaku la pencinta seni kunun.Aris Aziz bapa Saufi merupakan 'street artist founder' yang berpusat di Pasar Budaya ,KL. Ingat C.M tu bukan tempat lepak yang macam korang tau. CM tu pusat seni yang famous tau!!Dunia pun tau pasai CM. Rutin Saufi membuka kedai di CM (Pasar Budaya) setiap hari tanpa rasa jemu dan ragu-ragu. Setiap 10 pagi kedai mesti buka, kalau lambat buka nanti kena penalti RM50. Apalah dah bayar sewa kena penalti. apa-apalah....Mula dari melukis saja-saja, Saufi jadi serius, se-serius gaya lakonan Ahmad Yatim. hingga lukisan Saufi digemari ramai terutamanya orang-orang dari Eropah yang berkunjung ke C.M.

2007
Pameran 21 tahun Pelukis-Pelukis Central market (Pasar Budaya/C.M) di Galleri Anexxe, C.M,KL

Pameran Saufi yang kira 'giant' la. tapi Saufi sebenarnya mempamerkan karyanya hari-hari. maknanya hari-hari lah pameran. peminat Saufi yang 'hardcore' adalah Yusof Gajah dan awek-awek Eropah yang naik syok dengan Saufi. Usop Gajah ada lah kawan lama bapa saya. Dia Yusop Gajah seorang pelukis yang bertanggung jawab atau pengasas lukisan naif di Malaysia. Banyak juga nasihat nya yang boleh di pakai dan menampakan hasil. YUSOP GAJAH ADALAH " MALAYSIAN NAIVE ART FOUNDER"