Tuesday, December 23, 2008

SIAPA SAUFI ARIS?


26.08.84 tarikh lahir Saufi Aris. Saufi lahir di bandaraya metropolitan..Kuala Lumpur. beliau bersekolah di Sentul, la ni pun diam di Sentul.Sayang betul Saufi akan tempat bernama Sentul itu. Sentul telah membangun dengan jejambat-jejambat yang merentangi padang permainan.Dulu Saufi main bola dengan rerakannya. Sekarang padang dah hilang. Aktiviti lebuhraya melenyapkannya. Lenyap dengan kenangan-kenangan Saufi.Saufi bosan, memandangkan Saufi boleh plak melukis, macam bapanya Aris Aziz. aris Aziz? Tak kenal? Kalau tak kenal Aris Aziz, tak payah ngaku la pencinta seni kunun.Aris Aziz bapa Saufi merupakan 'street artist founder' yang berpusat di Pasar Budaya ,KL. Ingat C.M tu bukan tempat lepak yang macam korang tau. CM tu pusat seni yang famous tau!!Dunia pun tau pasai CM. Rutin Saufi membuka kedai di CM (Pasar Budaya) setiap hari tanpa rasa jemu dan ragu-ragu. Setiap 10 pagi kedai mesti buka, kalau lambat buka nanti kena penalti RM50. Apalah dah bayar sewa kena penalti. apa-apalah....Mula dari melukis saja-saja, Saufi jadi serius, se-serius gaya lakonan Ahmad Yatim. hingga lukisan Saufi digemari ramai terutamanya orang-orang dari Eropah yang berkunjung ke C.M.

2007
Pameran 21 tahun Pelukis-Pelukis Central market (Pasar Budaya/C.M) di Galleri Anexxe, C.M,KL

Pameran Saufi yang kira 'giant' la. tapi Saufi sebenarnya mempamerkan karyanya hari-hari. maknanya hari-hari lah pameran. peminat Saufi yang 'hardcore' adalah Yusof Gajah dan awek-awek Eropah yang naik syok dengan Saufi. Usop Gajah ada lah kawan lama bapa saya. Dia Yusop Gajah seorang pelukis yang bertanggung jawab atau pengasas lukisan naif di Malaysia. Banyak juga nasihat nya yang boleh di pakai dan menampakan hasil. YUSOP GAJAH ADALAH " MALAYSIAN NAIVE ART FOUNDER"

1 comment:

yusof gajah said...

lembang telinga gajah nampaknya aku kena belanja kau makan kepala ikan

Post a Comment